BIOZONE Food Purifier menggunakan proses pengkhususannya
iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon bagi mengubah oksigen (O2) menjadi
ozon (O3). Ozon akan kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk
menyingkirkan bahan-bahan pencemar.
Tiub silikon yang bergred medikal akan menyalurkan ozon ke dalam air di mana
makanan direndamkan. Ketika gelembung-gelembung muncul, ia menandakan
bermulanya proses purifikasi makanan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
KELEBIHAN PRODUK
- Selamat.
- Keberkesanan dalam menyingkirkan bahan-bahan pencemar daripada makanan dan memelihara nutrien dalam makanan.
- Keberkesanan dalam mengekalkan kesegaran makanan dan menyingkirkan bau busuk.
- Pelbagai fungsi purifikasi ke atas makanan: Daging / Buah-buahan / Sayur-sayuran / Makanan Laut / Herba.
- Penjanaan ozon yang konsisten dan mesra alam.
********************************************************************
CIRI - CIRI PRODUK
- Mudah beroperasi dengan menggunakan empat mod pengawal masa mikro-pemproses untuk menentukan masa purifikasi yang berbeza (3 minit/15 minit/30 minit/45 minit)
- Tidak perlu menggantikan penjana ozon dengan kerap.
- Penggunaan kuasa yang rendah ~ 35W.
- 100% tiub silikon yang bergred medikal.
- Batu seramik yang bergred tinggi.
- Plastik ABS bergred tinggi yang menentang ozon.
- Mudah alih, mudah digunakan dan mesra pengguna.
********************************************************************
CARA PENGGUNAAN
- Sediakan semangkuk air.
- Bersihkan makanan dan potong kepada kepingan.
- Letakkan makanan yang perlu dipurifikasi ke dalam mangkuk.
- Pastikan paras air menutupi makanan. (Isipadu air yang maksimum untuk purifikasi ialah 10 liter).
- Masukkan tiub silikon bergred medikal ke dalam mangkuk dengan merendamkan batu seramik di dalam air.
- Tekan butang pengawal masa untuk memilih masa purifikasi anda
********************************************************************
FAQ
Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk purifikasi
sayur-sayuran dan daging?
Sila rujuk buku panduan operasi yang terdapat di dalam
kotak. Secara umumnya, semua jenis makanan (contohnya buah-buahan,
sayur-sayuran dan makanan laut) memerlukan masa selama 15 minit. Hanya daging
(misalnya ayam, kambing dan lembu) memerlukan masa selama 30 minit. Masa
operasi yang maksimum bagi BIOZONE Food Purifier ialah 45 minit di mana ia
boleh digunakan untuk tujuan mandian atau kegunaan peti sejuk.
Tambahan pula, terdapat fungsi sanitasi ON / OFF selama 3
minit untuk satu liter air. Fungsi sanitasi ini dapat menyingkirkan bakteria
pada permukaan makanan dengan cepat tanpa menggunakan air. Sekiranya anda
mempunyai air yang berlebihan, anda boleh menggandakan masa berkadaran dengan
kuantiti air anda. Isipadu air yang maksimum ialah 10 liter, sementara masa
purifikasi adalah selama 30 minit.
Apakah yang akan berlaku sekiranya batu seramik atau tiub
silikon pecah?
Sila beli dan gantikan dengan satu set baru yang terdiri daripada
batu seramik dan tiub silikon.
Mengapakah saya perlu menjalankan penyelenggaraan selepas 2
tahun pembelian?
Juruteknik akan membuka BIOZONE Food Purifier untuk
memeriksa dan membersihkan bahagian-bahagian dalaman termasuklah penentukuran
dengan tujuan memastikan BIOZONE Food Purifier dapat beroperasi secara optimum
dan bertahan lebih lama.
Adakah saya memerlukan masa purifikasi yang lebih lama
sekiranya saya mempunyai banyak makanan?
BIOZONE Food Purifier direka khas untuk penggunaan di rumah
sahaja. Andaikan anda mempunyai 3-4 hidangan ayam, masih memadai untuk anda
menggunakan masa selama 30 minit untuk purifikasikan daging, asalkan anda
mengikuti peraturan isipadu air maksimum, iaitu 10 liter.
Adakah ia menggunakan kuasa elektrik yang banyak?
Tidak. Ia hanya menggunakan kuasa elektrik yang minimum
iaitu 35W sahaja, bagaikan anda menyalakan sebiji mentol di rumah.
Bagaimanakah caranya untuk mencuci batu seramik?
Cabutkan tiub silikon dari mesin. Gunakan berus gigi dan
gosok permukaan batu seramik dengan lembut di bawah air yang mengalir. Selepas
itu, biarkan ia kering. Anda juga boleh mengeringkannya sekali-sekala di bawah
sinaran matahari. Sekiranya ada bau busuk, anda boleh purifikasikan batu
seramik dengan air bersih selama beberapa minit, kemudian biarkannya kering.
