Sistem purifikasi udara BIOZONE Car Sterilizer ini
menggunakan teknologi “cold plasma” yang menggabungkan oksigen dan ion dalam
udara untuk menghasilkan ozon (O3).
Ozon dapat menyingkirkan bahan-bahan pencemar seperti VOC
(volatile organic compounds) yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan
meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau
lain.
Setelah ozon (O3) menguraikan bahan-bahan pencemar, ia akan
kembali menjadi oksigen (O2) menjadikan kereta anda segar.
Ia ringan, mesra alam, selamat dan mudah digunakan.
KELEBIHAN PRODUK
Menggunakan teknologi “cold plasma” Jepun yang menggabungkan
oksigen dan ion dalam udara untuk menghasilkan ozon (O3).
Membasmi kuman yang boleh menyebabkan masalah pernafasan
dengan berkesan, mencegah bakteria dan jangkitan virus.
Menguraikan VOC dalam kereta misalnya formaldehid, benzena,
ammonia, menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain.
Membersih dan menyegarkan udara dalam kereta.
Ringan, mudah alih dan mudah digunakan.
Selamat, mesra alam dan tidak memerlukan penyelenggaraan.
*******************************************************************
CARA
PENGGUNAAN
*******************************************************************
FAQ
1) Apakah itu ozon? Adakah ia selamat?
Lapisan ozon merupakan satu lapisan yang berjarak kira-kira
20-30km dari bumi. Fungsi utamanya ialah menyerap sinaran ultra ungu serta
melindungi manusia dan tumbuh-tumbuhan daripada sinaran ultra ungu kerana ozon
mempunyai fungsi yang amat berkesan dalam membasmi bakteria, dan menghalang
bakteria daripada membiak. Kuantiti ozon di dalam udara ialah kira-kira
0.01-0.04 ppm. US FDA menetapkan tahap maksimum ozon yang dibenarkan adalah
0.05 ppm di mana pembebasan ozon oleh BIOZONE Car Sterilizer adalah kurang
daripada 0.03 ppm, maka ia adalah selamat untuk digunakan.
2) Berapa lamakah BIOZONE Car Sterilizer boleh bertahan?
BIOZONE Car Sterilizer boleh digunakan selama 3 tahun sekiranya ia digunakan
setiap hari.
3) Bagaimanakah BIOZONE Car Sterilizer memperbaiki kualiti
udara dalam kereta?
Ozon yang dihasilkan oleh BIOZONE Car Sterilizer dapat menyingkirkan
bahan-bahan pencemar seperti VOC yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara
dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan
bau-bau lain. Ozon (O3) menguraikan bahan-bahan pencemar menjadi oksigen (O2),
menyediakan kereta anda bagaikan kesegaran dalam hutan.
4) Mengapakah kita perlu menggunakan BIOZONE Car Sterilizer di
dalam kereta?
Kereta mempunyai ruang yang tertutup, maka VOC seperti formaldehid, benzena dan
ammonia akan menghasilkan bakteria dan hama dalam keadaan suhu dan kelembapan
yang bersesuaian dengannya di mana ini akan menjejaskan kesihatan manusia.
Mereka yang berada dalam keadaan sebegini mudah berasa pening kepala, keletihan
dan mual, malah dalam jangka masa yang panjang, mereka mudah menghidapi
penyakit pernafasan seperti tonsilitis, bronkitis, pneumonia dan sebagainya.
Hal ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Pada masa yang sama, Staphylococcus
aureus yang dijumpai di dalam kebanyakan kereta akan menghasilkan bau
ganjil, debu dan kotoran turut mempengaruhi fungsi pendingin kereta,
menyebabkan fungsi pendinginan dan pemanasan kurang berkesan. Oleh itu, BIOZONE
Car Sterilizer diperlukan untuk membantu menyingkirkan kuman, meneutralisasikan
gas-gas beracun dan menyingkirkan bau.
5) Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Car Sterilizer di dalam rumah?
Tidak. BIOZONE Car Sterilizer direka khas berdasarkan ruangan dan kelengkapan
dalam kereta. Soket dan kuantiti pembebasan ozon bagi BIOZONE Car Sterilizer
juga direka khas berdasarkan kelengkapan dan ruangan kereta. Voltan di rumah
yang terlalu besar akan menyebabkan BIOZONE Car Sterilizer terbakar. Selain
itu, kuantiti dan liputan pembebasan ozon adalah terhad, maka ia tidak dapat
memberikan kesan yang lengkap di rumah.
*******************************************************************
RM 175
*******************************************************************
